Saturday, March 26, 2011

Pelik tp Benar~~

sebnrnye dr ari tu nk update blog tp xde masa la lak...so,kita smbg ari nie ye,akibat tgh kelapangan n xde keje...hahahaha~~~


cte nye mcm nie...ada la 2 3 kali nek tren terjumpa mmbr sek @ mmbr lysa,kenal gak....
so,bila dah jumpa dlm tren tu,kitorg borak2 la....then mse borak2 ngan mmbr lysa @ dipgl hana, tetba ada sorg akk dpn kitorg pndg2 pelik,hana x perasan...sy ponn wat xtau je la ngan akk tu...tetba akk 2 leh ckp kt sy "akk ingatkn awk nie cina"....sy pon senyum je n ckp " x la kak,sy mmg cina pon"...dia still x caya n ckp BETUL KE byk kali....at last hana jwb "mmg dia cina kak" smbl tersengih2....pas2 kitorg smbl tersengih2 tu smbl sambung borak....


dah byk kali dah kalu nek tren or tgh jln pon rmai org pndg pelik mse dgr sy bercakap.....itu la yg sering terjadi pd sy di mana2 shj....kdg2 rasa cm sy nie pelik sgt ke smpai org pndg2 semcm je...pdahal diorg pndg pelik sbb cara ckp sy....muka mmg la muka cina tp ckp x pelat lgsg.... :-)
itu la yg wat sy lain dr yg lain...kalu org yg br nk kenal sy msti ingt sy nie mixed sbb muka mmg pure cina...tp yg sebnrnye,sy nie xde mixed apa2 pon...mixed ngan kwn2 berbilang bangsa ada....hahaha.....
*nie ada la sy dan kwn2 di the curve seblm aika kawen,kira cm bachelor party tok dia la...& nie la muka yg org slalu pndg bila dgr sy ckp ngan kwn2 sy....

itu sje yg sy sempat update....byk lg story mory tp nnti la ye....
*cite ni bkn la nk menunjuk atau apa...just nk berkongsi cte...so,jgn slh phm ye*

thanks for reading~~ (^_^)

Friday, March 4, 2011

itu BUKAN cinta... itulah CINTA ~~


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi........


Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA...



** this note take from Mizs Dya Comot...Thank Acik.....